Dr Laptop Malaysia

Pakar Laptop #1 di Perak | 315A, Jalan Silibin, Taman Malcop Silibin, 30100 Ipoh, Perak | Careline: +6011-2065 4232 (Ipoh) Office: 05-5260449. Petaling Jaya | No.7A, Jalan PJS 2C/28, Taman Medan, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Hotline : +6016-395 8080 WhatsApp: 019-602 6020.

Komputer / Laptop tak boleh connect Internet

image

Biasanya Masalah ini berlaku disebabkan dua perkara. Pertama driver hilang ataupun tak diinstall lagi, kedua wifi adapter dan lan adapter rosak.

Kami ada acaranya.

1) Install network driver
2) pergi ke “Computer” kemudian “right click” kemudian “click properties”. Pilih dan click “device manager”
3) pergi ke “network adapters” , sub menu di bawahnya adalah hardwere untuk network di dalam laptop / komputer korang yang tak ada driver. adapter yang tak ada driver akan ditanda dengan tanda seru warna kuning.
4) seterusnya, right clik pada network hardwere yang tersenarai kemudian pilih “update driver software” kemudian pilih “Browse my computer for driver software” . Perhatian ! pastikan kawan-kawan ada driver untuk adapter wifi korang, sama ada dalam bentuk CD atau korang simpan dalam pen drive dan extenal hard disk.
5) Kemudian korang pilih directory tempat korang simpan driver yang nak di install. contoh mudah, korang tarok je kat “desktop”
6) Tunggu beberapa minit, proses akan selesai. Restart computer.

Nak tahu lebih lanjut ??.
.
Tunggukan update dari admin seterusnya.

Apa itu USB Port?

image

USB adalah singkatan dari Universal Serial Bus. USB merupakan suatu teknologi yang memungkinkan kita untuk menghubungkan alat eksternal (peripheral) seperti scanner, printer, mouse, papan ketik (keyboard), alat penyimpan data (zip drive), flash disk, kamera digital atau perangkat lainnya ke komputer kita. USB sangat mendukung transfer data sebesar 12 Mbps ( juta bit per saat ). Komputer (PC) saat ini, umumnya sudah memiliki port USB.

Biasanya disediakan minimal 2 port. Jika dibandingkan dengan paralel port dan serial port, penggunaan port USB lebih mudah dalam penggunaannya.

Ingin tahu bagaimana cara untuk menjaga USB Port?

Tunggukan update dari admin seterusnya @ boleh terus tanya kami.

Kenapa perlu tukar HDD Drive ke SSD Drive?

ssd

Kami ada sebabnya. .

1. Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s.

2. Penggunaan Solid State Drive melajukan boot komputer anda kepada kurang daripada 10 saat (sekiranya menggunakan sistem operasi moden seperti Windows 8.1 dan Windows 10)

3. Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.

4. Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming. .

Ini lah sebabnya kenapa kami menyarankan anda tukar ke SDD Drive . .

Nak tahu lebih lanjut ??

WhatsApp Hotline kami 011-2065 4232

Kelebihan Jovy Flux dan Solder Ball

image

Bagi memastikan kualiti serta ketahanan Grafic card yang telah melalui proses reballing bertahan lama di bawah takat cair 180 darjah Celsius,kami menggunakan solder ball jenama Jovy yang mengandungi plumbum + timah

Kenapa Jovy Dan apakah kelebihan produk solder ball ini?

Umum ketahui, Setiap Grafic mengandungi solder ball yang mempunyai takat cair yang tertentu.Apabila laptop terlalu lama beroperasi, suhu Grafic card serta processor semakin lama semakin panas.

Apabila suhu meningkat naik,keupayaan solder ball untuk bertahan semakin lemah kerana solder ball yang di gunakan tidak di selaputi plumbum.

Peranan plumbum di dalam solder ball adalah untuk membentuk kembali bentuk bebola tersebut kepada bentuk asal Apabila mencecah suhu takat cair 180 darjah Celsius.

Atas sebab kualiti serta ketahanan yang terdapat pada solder ball Jovy yang mampu bertahan di bawah takat cair menjadi penyebab utama kami menggunakan produk ini.

Ini sekaligus mengurangkan kadar Kerosakan Grafic card sehingga 90 peratus Dan memanjangkan Hayat Grafic card tersebut.

P/s: sebab tu kami berani bagi warranty sehingga 12 bulan.

SERVIS BERKUALITI KEUTAMAAN KAMI

#JOVYDISTRIBUTOR

Mac stuck di Logo Apple

yosemite-stuck-progressbar

Hari ini kami terima soalan dari Pengguna Mac. Actually, soalan common sebenarnya. siapa menggunakan Mac pasti familiar dengan masalah ni.

Soalan: MacBook saya stuck dekat Logo Apple. Roda berputar. Loading bar cuma naik sedikit jer. Lepas tu, stuck. Dah 24 jam saya biarkan MacBook tu macam tu. Tapi masih sama jer.

Jawapan: Sampai kiamat pun MacBook tu akan jadi macam tu jika tak berbuat sesuatu. sebenarnya, jika berlaku masalah demikian, ada kemungkinan masalah tersebut berlaku:

  • 85% HDD problem
  • 10% bridge chipset
  • 5% cable hdd (selalunya berlaku akibat perbuatan orang yang kononnya ‘pakar’ repair MacBook)

Sekian dulu perkongsian kami kali ni. Jika MacBook anda mengalami masalah yang demikian, boleh hubungi kami atau datang terus ke kedai kami.

#projekrepairlaptop

RAHSIA tutup notifikasi upgrade ke Windows 10

 

image

Kepada yang sudah selesa dengan Windows 7 / 8 mungkin akan rasa sangat annoying bila Microsoft “paksa” anda upgrade kepada Windows 10.

Ramai pengguna Windows 7 dan 8.1 berpuas hati dengan versi semasa mereka, dan tidak mempunyai hasrat untuk menaik taraf kepada Windows 10. Terdapat banyak sebab untuk ini, tetapi adalah hakikat bahawa Windows 10 telah menjadi kontroversi kerana evolusi platform Microsoft Windows ke dalam perkhidmatan yang, antara lain, agresif memantau dan melapor aktiviti pengguna.

Ini sahaja membuatkan ramai pengguna yang cukup tidak selesa dan mereka memilih untuk menunggu. Selaras dengan ini, beberapa bulan ke dalam 2016, Windows 10 mula memaparkan iklan yang tidak diminta pada desktop penggunanya.

Lain-lain tidak suka perubahan Microsoft yang menggabungkan sistem suara CORONA yang memakan banyak kuasa dan interface “tiled” smartphone Windows ke dalam menu Start.

Jadi anda boleh cuba software di Never10 untuk disable Windows 10 upgrade dan teruskan hidup anda dengan tenang.

Jika anda menghadapi masalah komputer dan laptop jangan segan komen atau tinggalkan pesanan di inbox kami.

Apple Macbook iMac support error 6003F

9529807968_e64c702f57

 

Mac  ni memang berbeza dengan laptop-laptop lain. Siapa yang pakai Mac kene betul-betul faham dengan ragam nya. Setelah memberi perkhidmatan yang terbaik, Kadang-kadang Mac perlu dimanja.

Apa itu error 6003F? Apa puncanya?

  1. HDD atau SSD dah Crashed – Solusinya tukar yang baru. HDD / SDD ni ada jangka hayatnya. Sesuatu itu bersifat tidak kekal dan hanya sementera. Sampai masa, Kembalilah ia. Sama seperti kita manusia.
  2. Masa update iOS yang baru connection internet terputus-putus – Saya nasihatkan, jangan guna Data Broadband semasa update iOS. Kalau tiba-tiba data habis, ternganga la.
  3. Terdapat aplikasi yang tidak berfungsi dengan sempurna atau software ‘palsu’

Pesananan kami…

  1. Tolong la buat backup dekat iCloud atau Dropbox sebelum update iOS. Kalau yang advance sikit boleh backup di private server.
  2. Jangan terlalu bergantung harap pada Time Machine.
  3. Kalau tengah buat projek / Assignment tu, jangan la gatal2 update iOS. Bawak bersabar. Dah semua, nak update tiap2 hari suka hati la.
  4. Sering bertanya kepada rakan anda yang menggunakan Mac sebelum update iOS. “Ko dah update iOS baru?? Amacam? Ok Tak??? Kalau die dah terkena, sekurang-kurangnya anda selamat.

 

Kepada yang menggukan Mac, jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan dengan dengan yang lain. Sesungguhnya, dengan 1 kebaikan yang anda buat, Tuhan akan membalas dengan 10 kebaikan yang lain. Jumpa lagi……

Apa itu Cookies

delete-cookies

Kalau tanya orang pompuan, memang die akan jawab biskut raya. Kalau tanya lelaki pula, die pandai-pandai buat tafsiran sendiri. Main hentam jer..

Penjelasan apa itu cookies? cookies digunakan untuk melakukan pembuktian diri (authentication), penjejakan, dan memelihara data tertentu dari para pengguna, kecenderungan pengguna atau daftar electronic shopping carts mereka. Sering sekali cookies digunakan oleh hacker untuk mengetahui tentang anda dari segi minat terhadap sesuatu dan kelakuan (behavior). So, rajin-rajin kan lah diri men delete cookies dengan menghapus browser data Anda.

Jika anda rasa artikel ini berguna, sila share kepada ahli keluarga dan sahabat handai.

clear-history-chrome

MacBook Air Masuk Air

IMG-20121208-00203

Malang memang tidak berbau. Itulah keluhan pelanggan kami. Siapa yang tak sayang MacBook. Bukan murah nak beli MacBook ni. Bila dah beli, kena lah jaga elok-elok.

Semasa bersembang dengan pelanggan, beliau menceritakan betapa Macbook ini dijaga rapi. Sentiasa dibersihkan dan disimpan rapi. Namun, ketika ingin menutup api di dapur seketika, si anak kecil yang menyusu botol dengan kreatifnya menambah perisa keatas MacBook yang sedang terbuka. Pada saat itu, MacBook bermandikan Milo yang diminum Si Anak. Walaupun macBook tu mahal, tapi Anak tiada ternilainya. Aduh… Sadisnya….

Pelanggan telah membawa MacBook beliau ke beberapa buah kedai tetapi hampa. Sehinggalah berjumpa dengan kami.

Memang ‘masak’ bila dapat case yang telah dihantar ke kedai lain ni. Masalah paling ketara bila skru 60% dah haus. MacBook Air ni memang susah nak buka skru nya sebab menggunakan skru bintang 5 bersaiz kecil dan  susah nak cari mata skru driver. Alhamdulillah, dengan menggunakan teknik ‘rahsia’, kami berjaya membuka semua skru tersebut.

Bila Cek Mac ni, kami dapati bateri 80% kehabisan kuasa dan logic board yang mengalami short circuit.

Untuk Pengatahuan korang apabila Macbook Air terkena air harapan untuk selamatkan bateri nya cuma 20 % sahaja!! Untuk logicboard perlu ganti chipset dan beberapa komponen lain.

IMG-20121208-00204

Jadi, pesan kami ialah… Jika anda mengalami nasib malang seperti pelanggan ini beberapa langkah yang perlu anda ambil:

1. Jangan On Mac anda

2. Buka Cover belakang Mac anda dan keringkan ia menggukan hair dryer @ jemur tengah panas

3. Kalau takut nak bukak cover tu, hantar pada technician yang pakar seperti kami 🙂

 

P/s: Nak tahu teknik rahsia buka skru yang dah haus??? Datang lah ke kedai kami… 🙂

Kelemahan Windows 8

Terdapat ramai pelanggan yang datang untuk downgrade windows 8 kepada windows 7 yang lama.
Rata rata kecewa sebab windows 8 tidak semudah windows 7.

Tapi TAHUKAH anda jika anda upgrade ke WINDOWS 10 menjadi lebih mudah kerana ianya lebih mirip dengan windows 7.

Terdapat banyak kelebihan windows terbaru ini. Penjelasan lanjut dan khidmat nasihat sila lah datang ke kedai kami.

Jom singgah hari ni!
Atau call kami di 012-5007411 untuk bantuan.