012-500 7411 drlaptop.my@gmail.com

Repair Motherboard

Apa itu Motherboard

Dalam istilah pekar elektronik ianya lebih dikenali sebagai Mobo (singkatan bagi motherboard). Mobo merupakan sebuah papan utama dimana terdapat komponen-komponen serta chip controller yang bertugas mengatur lalu lintas data dalam sistem motherboard. Fungsi umum dari Motherboard adalah tempat memasangkan processor, RAM, VGA Card, Sound Card, Internal Modem, dan lain-lain

Komponen Mobo

  • Socket Processor
  • Chipset
  • Bus Controller
  • Slot Memory
  • Slot Expansion
  • Port Drive
  • BIOS
  • ROM
  • Power Connector

Tanda-tanda Mobo Rosak

Pernahkah Laptop anda seperti ini?

Pertama : Kalau laptop on, tapi takda display kat screen ini adalah salah satu tandanya

Kedua : Tekan button ON banyak kali sampai lenguh tangan pun laptop tak ON

Ketiga : Masuk adapter tapi power indicator tak keluar

Keempat : Auto shutdown, auto restart

Mesin digunakan untuk menanggalkan chipset

Mesin digunakan untuk menanggalkan chipset

Repair Mobo

Bagaimana hendak menyelesaikan maslah ini?

1. Tukar Moterboard baru – Motherboard laptop Laptop MAHAL GILE!!! bukan macam motherboard PC.

2. Tukar Motherboard Second Hand – Macam anda beli kereta second hand, ade je yang tak kena.

3. Normal Repair – Kadang-kadang ada bahagian elektronik yang longgar atau rosak seperti power jack. Kos Repai lebih kurang RM70-100 sahaja.

4. Reheat/Reflow – Kos Repair sangat murah. Anda pun boleh buat. Ambil hair dryer,  cuma panaskan sahaja chipset tersebut. Jika bernasib baik, Laptop akan pulih seperti biasa. Tapi saya jamin tak sampai 1 bulan iakan rosak semula.

5. Reballing –  Proses reballing amat rumit dan mengambil masa yang panjang. Ia dilakukan oleh mereka yang pakar. Kerana reballing adalah proses membuat semula kaki chipset yang saiz nya hanya 0.5mm. Boleh bayang tak betapa kecilnya kaki chipset ini. Kenapa reball? Reball adalah satu prosecess ‘chipset reengineering’. Ia dilakukan oleh Profesional Engineer Chip Level. Ramai juga yang boleh buat di Malaysia ni. Tapi lebih ramai juga ‘pakar’ menjahanamkan mobo laptop anda. Anda harus ingat, mobo laptop amat MAHAL!

Kerja 'reballing' oleh profesional sedang dijalankan

Kerja ‘reballing’ oleh profesional sedang dijalankan

6. Tukar Chipset – Tukar seketul chipset baru. Sekiranya Chipset anda telah dirogol oleh kononnya ‘pakar’ sehinggakan chipset anda total lost. Paling sedih, bila customer datang mengadu, pernah tukar chipset sebelum ini, tapi bila kami cek, chipset telah ‘dirogol’ sampai hitam.

Biasanya motherboard yang rosak ini adalah kerana chipsetnya. Tapi ramai yang tertipu dengan ‘pakar’ diluar sana. Asal laptop tak boleh on jer, chipset rosak… Asal chipset rosak jer, tak boleh on. Kami bersimpati pada anda yang pernah kena tipu sebelum ini.

Apakah chipset? Chipset ini adalah umpama jantung sesebuah laptop/ komputer. Chipset juga merupakan tempat haba motherboard disalur keluar. Punca utama chipset rosak ialah over heating yang disebabkan saluran pengudaraan tersumbat akibat habuk.

Ada cara yang mudah untuk membaiki chipset ini seperti ‘reflow’ atau ‘reheat’ chipset yang rosak tersebut. Cara ini memang berkesan tetapi haruslah diingat motherboard anda pasti akan rosak kembali! Ini saya jamin! Kerana secara tak langsung, membaiki sebegini umpama buat pembedahan ‘bypass’ kat jantung! Kadang-kadang Pengeluar Laptop (HP/Toshiba/Acer) salu buat terhadap laptop under Warranty. Sebab saya pun dah terkena. Menyesal tak sudah… Tapi ingat!!! Reheat / Reflow risikonya amat tinggi. Ia mungkin akan mengakibatkan motherboard anda ‘total lost’.

Mobo yang rosak akibat dirogol oleh mereka yang menggelar diri mereka 'pakar'.

Mobo yang rosak akibat dirogol oleh mereka yang menggelar diri mereka ‘pakar’.

Jadi, APA YANG KAMI BUAT?

Di DrLaptop.my, kami mempunyai SOP bermula anda berhubung dengan kami sehinggalah selepas kami serahkan semula laptop anda. Kami akan perjelaskan satu persatu kemungkinan korosakan laptop anda. Kami akan berkongsi dengan anda sebanyak mungkin informasi supaya anda boleh berpesan-pesan kepada yang lain. Kami juga amat teliti semasa pengendalian mobo laptop anda. (Alhamdulillah, so far yang buat dengan kami takda sapa lagi yang hantar balik)

Kenapa jaminan lebih panjang berbanding kedai lain?

Kami memberi jaminan yang panjang kerana kami yakin dengan servis dan workmanship kami Kerana kami servis kami berkualiti dan boleh dipercayai. Kami juga tidak menyasarkan kepada kuantiti yang kami baiki. Jika anda mahu proses baikpulih yang cepat tetapi rosak berulang kali, maaf kami bukan orangnya. So selepas ini, kalau ada laptop yang motherboard rosak, jangan buang lagi, hantar kepada kami untuk dibaiki.

Kenapa nak tukar motherboard sedangkan anda boleh membaikinya?

Siapa Kami?

Dr Laptop Dot My telah didaftarkan SSM dengan nombor pendaftaran IP0384659-A. Syarikat ini diuruskan oleh Wan Khairul Faizee bin Wan Zulkifli graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sejak penubuhan Dr Laptop Dot My, pemiliknya hanya mempunyai satu misi iaitu menggembirakan semua pengguna laptop di Malaysia.

Kini Dr Laptop Dot My ingin berkongsi kepakaran dengan  lebih ramai pihak. Menjelang tahun 2020, Dr Laptop Dot My akan membuka cawangan nya di seluruh Malaysia.

Sebagai Bakal Peneraju industri pembaikan laptop di Malaysia,  Dr Laptop Dot My amat menitik beratkan kualiti produk dan perkhidmatan dan sentiasa berusaha memaksimumkan kepuasan pelanggan.  Budaya kerja profesional sentiasa menjadi amalan setiap warga kerja  Dr Laptop Dot My

Kepakaran Kami…

Membaiki motherboard laptop adalah kepakaran kami. Misi kami hanya satu, iaitu menyelamatkan motherboard laptop anda yang telah rosak. Kami sedar bahawa ramai lagi yang melakukan kerja yang sama seperti kami di luar sana. Kami beranggapan, lebih ramai dalam industri ini, lebih ramai la motherboard laptop penguna dapat diselamatkan.

Sejak 2010 kami di dalam industri ini, hampir kesemua jenis motherboard dapat kami selesaikan merangkumi laptop model 1 Malaysia, Acer, Asus, Dell, Fujitsu, HP Compaq, IBM Lenovo, MSI, Samsung, Sony Vaio, Toshiba dan termasuklah Apple Macbook.

Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang apabila anda berurusan dengan kami. Apa yang kami pastikan ialah perkhidmatan yang ditawarkan cepat dan berkualiti tinggi. Kami juga memberi jaminan bahawa kami bertanggungjawab penuh ke atas kepercayaan anda kepada kami. Kami sama sekali tidak akan menyerahkan kepada orang lain untuk membaiki motherboard laptop anda. Kerana setiap laptop yang diserahkan kepada kami untuk dibaiki adalah merupakan satu pengiktirafan kepada kami.

VISI

Ingin menjadi sebuah entiti yang dikenali dengan kualiti perkhidmatan dan produk yang ditawarkan

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
  • Memenuhi  setiap kehendak pelanggan
  • Mempastikan kepuasan pelanggan ditahap maksimum

NILAI KORPORAT

Kualiti:

Setiap perkhidmatan dan produk daripada Mercu Computer Solution mempunyai tahap kualiti yang tinggi.

Inovasi:

Sentiasa menampilkan kelainan demi kepuasan pelanggan.

Ikhlas:

Ikhlas dalam menjalankan segala urusan dan tidak bermatlamatkan untung semata-mata.

Dr Laptop Dot My | 315A, Jalan Silibin, Taman Malcop, Silibin, 30100 Ipoh, Perak

Hotline: 011-2065 4232
Pejabat: 05-5260449

Email: drlaptop.my@gmail.com
Facebook: drlaptop.my

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com